THE CONJURING - Part II



Bila dah mula tonton,
apa yang aku nampak mungkin takkan sama
dengan apa yang orang lain nampak.
So mohon jadi matured, jangan marah maki hamun caci,
kita boleh berkongsi pendapat dengan tambah ‘comment’,
titipkan di shoutbox,
boleh pilih ikut suka, tak kisah, tak kisah.

Bukan apa, fikiran anak muda remaja zaman sekarang
yang mudah terpengaruh ni la yang buatkan aku nak update
entri macam ni.
Kang panggil bomoh, jumpa paderi, cari penghalau hantu yang bukan bukan,
tak berasaskan ayat suci al-quran, sesat tawu?
Tapi aku tau kalau kawan kawan aku ni,
takkan terikut, kan?
InshaAllah.
:)

So, first sekali seram nya filem ni tak la sangat.
Jika dibandingkan filem2 seram lain yang boleh lekat
kat kepala walaupun dah habis tonton tu.
Mungkin faktor bergelak tawa dengan Zeiyrol sebab
masa wayang tengah ‘on’, kami sembang dan mengumpat tentang certain
character yang muka dia lawak.
Dah aku gelak, filem tu jadi tunggang langgang.
Tak tawu dah jadi lawak, seram, atau pun, tak tawu,
entah.
:/

So nak kaitkan jalan cerita filem ni dengan dunia realiti
kita yang sebagai seorang islam ni amatlah jauh.
Tapi cuba berfikiran positif
yang filem tu tak cuba nak kuasai minda kita yang muslim ni cuma
takat hiburan je untuk orang ramai.

Antara contoh part dia adalah time cara rawatan masa pesakit
dirasuk,
pemujaan hantu, upacara menghalau hantu.
Tu semua aku harap takda pulak kita yang islam ni terikut kan?

Sedutan Filem "THE CONJURING" semasa sesi ceramah dari "Penghalau Hantu".




Yang atas ni katanya 3 step rasukan:

Infestation - serangan devil (makhluk halus) terhadap manusia
Oppression -  perubahan dan bebanan terhadap badan mangsa
Possession - rasukan terhadap mangsa

 Kalau difikirkan, ada logiknya sedutan tu.
 Bila makhluk halus ganggu mangsa, bersatu dalam badan mangsa
lepas tu melakukan rasukan.

Ed membaca kitab menghalau 'devil' .
 Sedutan ni pulak lagi lah,
Even berlakon, tapi sepatutnya perawat tu habiskan bacaan
dari kitab dia.
Tapi tak, dia terlalu terkejut dengan perubahan mangsa
sampai berhenti baca kitab dia.

Macam kita perawat dalam islam digelar
sebagai seorang 'Muallij' (perawat),
yang menggunakan ayat suci Al-Quran untuk merawat pesakit.
 Sebagai berkongsi sedikit pengalaman aku
yang pernah membantu seorang ustaz merawat seseorang,
ketika aku baca ayat suci 'Al-Quran',
muallij kena menghabiskan ayat ayat yang dibacanya
untuk mengelakkan dari maksudnya tergantung atau
boleh bawak pada maksud yang lain,
faham kan apa yang aku cuba sampaikan?

Even masa merawat,
mangsa yang dirasuk akan cuba lemahkan kekuatan rohani kita dengan
cara mentertawakan muallij, mengejek dan lain lain.
Bagi muallij yang lemah imannya pada Allah,
dia akan rasa hilang keyakinan,
justeru berhenti dari merawat pesakit.
Sebaliknya pulak bagi muallij yang meletakkan nyawanya,
keikhlasannya cuma pada Allah.
Apa yang paling penting buat setiap muallij cumalah
kepercayaan yang tinggi pada Allah,
hadapilah musuh apa pun,
InshaAllah,
Allah akan bantu dia,
Kita akan menang,
Islam akan menang.
:) 

|  Baca "THE CONJURING PART III"  |




No comments:

Post a Comment