Fakta aku :

Fakta :

"Dalam air mata itu mengandungi hormon prolaktin untuk
melawan stress dan melawan tekanan darah serta
serangan penyakit jantung"

Jadi tak salah biarpun seorang askar menangis.
Bezanya kita antara askar askar ni
antara dibagi tawu dengan tak.
Antara ego dengan tidak.

Dan aku pilih malam ni,
untuk menangis.
Tapi kenapa?
Maaf.
Terlalu berat aku tanggung semua ni.
 
-------------------------------
 
Allah...........

Instinct Yang Tak Baik :

Dua tiga hari ni banyak post aku masuk dalam
draft.
"Kenapa pulak?'
Itu yang aku sendiri tu tertanya tanya.
Aku sendiri pun tak faham.

Tak ada kekuatan nak publish kan ke?
Atau kalau publish ada buat certain pihak tak senang
duduk ka macam mana.
Entah.
Aku pilih taknak teruskan lah kalau tak sedap
hati macam ni.
Post pun buat apa kalau orang lain taknak baca.
Tapi apa yang aku tawu,
aku merindui sesuatu.
Keluarga, suasana sibling masa raya,
kakak dan adik adik aku,
dan..............dan.............

------------------------------------

Sesuatu yang manis yang takkan pernah aku lupakan,
sampai bila bila.
:)

"Meeting Senior Junior" :

Tadi jumpa dia kat kafe.
Aku tak ingat apa topik kami sembang masa tu
tapi dia ada cakap,

"Haa, kang balik bilik update belog
pulak la tu."

Haha. Dia suka cari pasal ngan aku duhh.
Tapi memang aku update,
cuma nya,
jangan sampai orang cerita pasal dia ja
dalam belog ni,
ngumpat dia kuat kuat,
baru tawuu.
;)

Jujurnya,
aku bukan jenis bersosial.
Aku tak pandai nak cakap cakap ngan perempuan.
Aku memang tak pandai.
Perempuan ada kerenah dia sendiri,
dan aku tak pandai layan.
Tapi aku tawu ja bila dan macam
mana nak mula conversation ngan lelaki.
Sebab tu dia cakap ngan aku,
dia lebih prefer buat kawan ngan lelaki
berbanding perempuan,
dan aku sendiri pun tau sebab apa.



Masa dia nak pilih movie apa
nak copy yang ada dalam laptop aku,
aku tengok mata dia lama ngat ngat.
Mata tu sebelum nya berair,
hampir nangis.
Aku bergegas belikan tisu.
Bila aku patah balik,
dia dah un motivate kan diri dia supaya jangan nangis
kat orang yang tak pernah hargai dia tu.
Dan dia sambung cerita,
sambil aku dengar semuanya.

Aku setuju.
Macam tu la,
Ana yang aku kenal.

:)


Kita sama, tapi berbeza :

Perempuan,
hal kecik dia besarkan.
Benda tu kalau pandang dalam keadaan
positif,
senang ja buat, mudah ja urus.
Tapi tu lah hakikat dia,
perempuan nampak hal ni semua penting.
Kalau mampu urus, tak kesah la.
Tapi bila tak boleh urus,
mula lah nak marah kan orang lain yang tak tawu
apa apa ni.
Apa salah kami yang laki ni?

Lelaki,
bila perempuan tengah belaja,
kami main game.
Bila perempuan sekelas cakap ada assignment,
apa kami ni?
Kita sekelas tawu?
Kita semua ada assignment yang sama.
Tapi kami tak stress.
Kami belaja dengan enjoy, faham?
Alhamdulillah, result tak teruk.
Jadi cuba tanya kami, masa bila kami belaja?

Kurangkan stress tawu? :)

Perempuan makan, Lelaki makan,
Perempuan tidor, Kami tidor,
Perempuan belaja dalam kelas, kadang kami hilang fokus,
Perempuan study malam malam,
Kami lepak lepak main game.

Bila masa kami belaja?
Macam mana kami buat?
Mudah ja sebenarnya.
Kami enjoy, kami amati benda apa
yang kami buat.
Kami puas,
jadi hasil dia memuaskan.

Tips nya,
enjoy, jangan mudah stress,
jangan mudah marah marah,
ingat la Allah,
inshaAllah,
kita berjaya sama sama.

---------------------------------------------

Semoga peroleh dekan untuk kawan
kawan DIP3C , Dis 2013.

Kalau lah dia tawu ..

Baru aku tawu,
orang tak suka kalau kena lepas marah kat
diorang.
Kalau kata marah A, marah je A.
Jangan kacau si B tu.
Layan si B tu macam tak pernah ada gaduh gaduh dengan
sesiapa.

Tapi aku marah A,
rasa nak berantam sangat dengan A.
Tapi kenangkan dia kawan aku,
berat lah bagi aku.
Tapi kalau dia kawan aku dia takkan
buang satu file aku yang penuh dengan sijil-sijil dan surat
beranak aku,
tu semua masa depan aku,
paham tak?
Aku cerita dengan kawan kawan lelaki yang lain,
semua terkejut.

"Itu teruk tu bogy."

"Takkan la logik. Takkan dia tak check dulu kot file tu?"

"Eh, biaq betoi ang ni? Ang dah tanya dia ka belum?"

Tapi bila aku cuba luah kat DIA,
DIA tak kisah un panjang lebar yang aku cerita.
DIA cuma kerap tanya aku dekan ke?
Aku dekan ke dulu masa sem satu?
Aku taknak marah dia jadi aku pilih nak end conversation.

*sedih :'/

Kenalan dari Tokey Lollipop :

Kesian,
bukannya kita tak bagi bercinta,
tapi kita takut kalau kalau dia dilukai.

Aku tak kisah sapa,
selagi aku panggil dia kawan,
aku kesian kalau tengok dia sakit,
kecewa sebab orang yang dia sayang tak mampu
nak sayang dia balik macam mana dia sayang seseorang tu.

Jadi bukan aku tak sokong kalau dia bercinta,
aku cuma takut kalau dia salah pilih teman hidup.
Kan senang kalau aku kenalkan je dengan
kawan kawan lelaki aku yang baik, yang pandai jaga hati
perempuan,
supaya dia tak sakit,
tawu?

Sebab kawan kawan aku,
tak semua baik,
tak semua kawan.
Tapi aku tawu ada yang baik,
sesuai untuk hang,
kalau dah sesuai masa dia,
aku kenalkan.
Sekarang kita semua masih belajar,
Jadi kita 'belajar' sama-sama.
 Kita kejar cita-cita,
Kita peroleh cinta kita.
:)

Fharr Lieyana,
kenal melalui Tokey Lollipop,
Manis, baik, sopan orang dia.
Kesiankan kalau perasaan dia dimain main?

Kita teruskan belajar dulu,
DIP IN PROGRAMMING
sama sama menunggu.

-------------------------------------------------

THE CONJURING - Part I


Credit to : Faizatul Afifa, Syafiqah, Muhammad Zakaria, Zahirol Ashraf, Najmi Syahiman
Aminur Rasyid, Liyana, Abdullah Abdul Shukor, Aimi Nadhirah, Azri Zakaria, Shahirah Penang.

---------------------------------------------------------------------

Hari tu rasa macam nak jalan-jalan
tapi tak tawu nak pergi mana
jadi,
berpakat diorang ramai ramai nak tengok wayang,
Ajak aku, si Aimi yang masih belum decide nak beli tiket,
atau tak.
mula-mula nak tolak tapi dah Najmi belanja aku,
terus tukar niat oke laa,
boleh jugak keluar dengan member member,
tolong temankan.
Si Aimi takmau, nak saving dia bilang.

Kami pergi tonton filem genre seram kat Jusco tajuk
'The Conjuring"
Filem ni boleh tahan sambutan dia.
Memang tak tau apa ada dalam filem tu
melainkan kena buat keputusan tonton sendiri.
Jadi aku pilih untuk tonton tanpa tidur,
Tak macam sebelum ni tonton cerita
“Sinister”.
Dah lewat malam tambah dengan sejuknya aircond,
Mata pun layu jadi jawab dia tidur.

Lepas dah habis tonton,
Aku rasa banyak perkara yang aku nak kupas
dari pandangan aku sendiri.
Sebab aku seorang muslim,
Bila tonton filem seram tapi melibatkan keagamaan mereka (Bible-Christian),
jadi tak senang duduk lah kita ni,
rasa macam,
agak agak betul ke apa yang kita dah buat ni?
spent money untuk tengok filem macam tu,
nasib bukan duit aku :/
tapi masih tak senang duduk sebab dah keluar jugak duit
kawan semata mata filem ni :


 "THE CONJURING"
 ...

|  Baca "THE CONJURING PART II"  |

|  Baca "THE CONJURING PART III"  |


THE CONJURING - Part II



Bila dah mula tonton,
apa yang aku nampak mungkin takkan sama
dengan apa yang orang lain nampak.
So mohon jadi matured, jangan marah maki hamun caci,
kita boleh berkongsi pendapat dengan tambah ‘comment’,
titipkan di shoutbox,
boleh pilih ikut suka, tak kisah, tak kisah.

Bukan apa, fikiran anak muda remaja zaman sekarang
yang mudah terpengaruh ni la yang buatkan aku nak update
entri macam ni.
Kang panggil bomoh, jumpa paderi, cari penghalau hantu yang bukan bukan,
tak berasaskan ayat suci al-quran, sesat tawu?
Tapi aku tau kalau kawan kawan aku ni,
takkan terikut, kan?
InshaAllah.
:)

So, first sekali seram nya filem ni tak la sangat.
Jika dibandingkan filem2 seram lain yang boleh lekat
kat kepala walaupun dah habis tonton tu.
Mungkin faktor bergelak tawa dengan Zeiyrol sebab
masa wayang tengah ‘on’, kami sembang dan mengumpat tentang certain
character yang muka dia lawak.
Dah aku gelak, filem tu jadi tunggang langgang.
Tak tawu dah jadi lawak, seram, atau pun, tak tawu,
entah.
:/

So nak kaitkan jalan cerita filem ni dengan dunia realiti
kita yang sebagai seorang islam ni amatlah jauh.
Tapi cuba berfikiran positif
yang filem tu tak cuba nak kuasai minda kita yang muslim ni cuma
takat hiburan je untuk orang ramai.

Antara contoh part dia adalah time cara rawatan masa pesakit
dirasuk,
pemujaan hantu, upacara menghalau hantu.
Tu semua aku harap takda pulak kita yang islam ni terikut kan?

Sedutan Filem "THE CONJURING" semasa sesi ceramah dari "Penghalau Hantu".




Yang atas ni katanya 3 step rasukan:

Infestation - serangan devil (makhluk halus) terhadap manusia
Oppression -  perubahan dan bebanan terhadap badan mangsa
Possession - rasukan terhadap mangsa

 Kalau difikirkan, ada logiknya sedutan tu.
 Bila makhluk halus ganggu mangsa, bersatu dalam badan mangsa
lepas tu melakukan rasukan.

Ed membaca kitab menghalau 'devil' .
 Sedutan ni pulak lagi lah,
Even berlakon, tapi sepatutnya perawat tu habiskan bacaan
dari kitab dia.
Tapi tak, dia terlalu terkejut dengan perubahan mangsa
sampai berhenti baca kitab dia.

Macam kita perawat dalam islam digelar
sebagai seorang 'Muallij' (perawat),
yang menggunakan ayat suci Al-Quran untuk merawat pesakit.
 Sebagai berkongsi sedikit pengalaman aku
yang pernah membantu seorang ustaz merawat seseorang,
ketika aku baca ayat suci 'Al-Quran',
muallij kena menghabiskan ayat ayat yang dibacanya
untuk mengelakkan dari maksudnya tergantung atau
boleh bawak pada maksud yang lain,
faham kan apa yang aku cuba sampaikan?

Even masa merawat,
mangsa yang dirasuk akan cuba lemahkan kekuatan rohani kita dengan
cara mentertawakan muallij, mengejek dan lain lain.
Bagi muallij yang lemah imannya pada Allah,
dia akan rasa hilang keyakinan,
justeru berhenti dari merawat pesakit.
Sebaliknya pulak bagi muallij yang meletakkan nyawanya,
keikhlasannya cuma pada Allah.
Apa yang paling penting buat setiap muallij cumalah
kepercayaan yang tinggi pada Allah,
hadapilah musuh apa pun,
InshaAllah,
Allah akan bantu dia,
Kita akan menang,
Islam akan menang.
:) 

|  Baca "THE CONJURING PART III"  |




THE CONJURING - Part III

"Do you wanna play hide and clap?"

Ni serupa tagline filem.
Habis filem, ringan mulut pulak semua orang
nak sebut menda ni.
Nak main hide and clap tak?
Nak main tak? Nak main tak?
Main la hampa. Pi main jauh jauh.
-.-

Sedutan game 'hide and clap' bermula.
Then macam simptom seluruh badan Carolyn (mak yang dirasuk)
tu yang naik lebam lebam,
pernah la dengar orang tua cerita makhluk halus gigit tuu, then
timbul lebam kat certain part gigitan tu.
wallahu'alam.

Dengan kes kena tarik masa tidur.
Tu semua gangguan makhlus halus cuba takut takutkan
manusia macam kita semua ni la.
Macam Sobri (adik blogger) hari tu dia pergi
Pengijazahan Perawat Ruqyah di Parit Buntar,
ustaz tu cakap kalau makhluk halus yang kejap kejap
ja muncul depan manusia,
tu semua sebenarnya jenis yang penakut.
Tak berani munculkan diri di depan kita.
Itu kata kata seorang Muallij la,
bagi kita?
Wallahu'alam.
:/

Tapi kita jangan la khuatir.
Muallij atau pun tak,
keyakinan kita kat Allah je yang bezakan kita semua sebenarnya.

Jadi bagi yang belum menonton
"THE CONJURING"
Aku galakkan tonton la cepat.
Cuma jaga jaga,
kalau kalau dengar bunyi tepuk tepuk tangan di cinema.

"HIDE AND CLAP"

---------------------------------------

Kawan baru :



Bila dah ada kenalan baru,
rasa nak promote pada satu dunia,
Kita dah ada kenalan baru,
Then nak kasi satu dunia tawu,
Dia kawan baru kita :)

Kawan, dia tak kira rupa,
tak kira apa pun,
Asalkan berkawan.

Lain pulak dengan sahabat.
Kita semua tawu tu,
Tapi saja nak sebutkan jugak.
Hihi.

Azni Shahirah,
Rakan blogger,
Junior Politeknik Seberang Perai,
Makwe kawan saya,
dan dia kawan saya.

Mohon dia bahagia ja dengan sapa sapa pun,
sebab dia,
kawan saya.
:)

Mohon Kementerian Lanjutkan Cuti Raya :




Cuti dah tamat.
Masih banyak lagi things nak buat tapi,
cuti dah tamat.
Singkat sangat cuti untuk sem 3 ni,
tak puas hati betul aku.

Raya kat kampung taun ni jangan tanya lah.
Kerap sangat,
sampai kurang masa nak beraya dengan kawan kawan.
Sedih.

Esok, esok selasa,
Rabu dah mula kelas tawu?

Arhh!

Mohon kementerian lanjutkan cuti buat semua pelajar,
boleh?
Kami belum puas tawuu,
belum puas.

Agak agak malam ni boleh keluar
rumah ke?
Ke,
kena duduk rumah je,
kemas kemas rumah,
kemas barang untuk balek kamsis.

Hmm,
A real life of a student.
 Penuh pengorbanan sebenarnya.

*bajet-bajet*

Aku, dan mahuku :

Keinginan.
Manusia dalam hidup
punya keinginan.

Punya keinginan untuk kurus/gemuk,
Punya keinginan untuk kaya,
Punya keinginan untuk cantik/kacak,
Punya keinginan untuk berjaya
dalam hidup,
Punya keinginan untuk miliki
hati insan yang mereka sayang.

Bagi yang punya semua itu,
Mereka tidak perlu risau.

Tapi bagi yang macam aku?

Kadang rasa macam nak meraung.
Kenapa aku?
Kenapa?

Tapi kalau aku itu yang aku pilih
untuk buat,
Sama sekali aku seperti
tidak bersyukur dengan kurniaan Allah.

Ya Allah,
Aku hanya perlukan sedikit ketabahan,
kurniakan daku kekuatan,
Supaya aku mampu teruskan.
Cuma sedikit ya Allah,
Aku perlukan cuma sedikit kekuatan.

Tunggu,
Tunggu lah disaat aku sudah
berubah,
Kalau saat itu kau
tatap wajah aku dan pamerkan kekesalan,
Aku cuma balas dengan senyuman,
dan berkata,
"Allah Maha Adil" .

*sedih*