Cerita 19 Tahun dgn Handphone :)

Kalau cerita dulu cerita dulu lahh,
kalau cerita sekarang memang fresh kaw segar bugar la kan?

Dulu kalau ada orang kol aku
cukup segan la aku nak jawab kol depan Umi Abah.
Sebab takut kena bahan?
Salah..
Sebab kalau nak cerita relation antara henfon dengan Abah ni,
macam2 kisah dia bro.

1. Aku dapat guna henfon ni masa umur aku 10 tahun lagi.
Abah janji nak hadiahkan sebiji henfon kalau dapat nombor 1 dalam kelas.
Itu lahh, bila dah rezeki Allah nak bagi,
aku dapat tu.
Alhamdulillah.

2. Kalau masa makan jemaah ngan family ke, atau masa gather
ngan family depan TV,
jangan bunyi lahh henfon tu kalau taknak kena marah.
Pernah Abah cakap
"Masa makan tu makan je. Abah campak henset kat dinding baru taw."
Abah kata ni masa dengan family.
Yg hang? Sibuk serupa ngan menteri lagi ni.

3. Paling penting henfon aku tak pernah beli dengan duit sendiri.
Aku dapat pun tak pernah yang first hand.
Semua second-hand.
Kalau bukan yang Abah punya, yang Umi punya.
Tapi aku tak berniat nak ungkit, nak bising ke pasal ni.
Malah aku bersyukur dan cuma nak cakap terima kasih
banyak2 Umi Abah :)

4. Pernah jugak beli henfon guna duit sendiri dulu.
Itu pun beli online.
Dah la first time nak beli guna duit sendiri,
last2 kena scam.
Tak ke bengang aku rasa? RM300.
Last2 boleh buat apa kalau cuba niat dah halalkan semua.
Aku tak tawu lahh, inshaAllah kita dah settle.
Wallahu'alam :)

Tapi sekarang takdak lagi dah Abah buat macam ni.
Abah pun dah faham, dah besar anak2 dia.
Cuma nya aku masih hormat laa apa yang Abah ajar tu
jangan ada kolling2 time makan jemaah, time dengan family.
Cuma nya sifat segan sembang di telepon tu takda dah.
Siap tanya lagi tu kadang kalau aku cakap lembut kat henfon sebab
biasanya kalau member laki yang kol,
riuh dia gila, lain macam.
HAHA.
Kadang Umi tanya siapa tu? Teman Istimewa ye?
Gelak je umi alang ni :)

Cerita banyak bro.
Tapi yang 4 ni paling dekat dengan aku laa aku rasa,
yang paling aku ingat sekali!
Tak laa macam korang semua kot..
Sekarang ni kecik2 lagi dah jadi Android user?
BB user mungkin?
Hebat hebat belaka laaa ya Allah
:D

Buku Baru Semester 4 :

Aku nak mohon kamsis tapi kalau
nak mohon macam tu je,
aha memang tak dapat lahh jawab dia..

Jadi terpaksa minta tolong Abah.
Ikutkan hati,
malu, segan.
Kita anak laki ni dah besar pun nak susahkan
Abah dia lagi.
Aduii..
Tapi apa boleh buat,
keadaan memaksa.
 
Nak dijadikan cerita bila dah dapat kamsis,
lain pulak cerita life aku sem ni.
 
Aku dah hilang Zack yang selalu nya kami ke
mana pun berdua ja.
Aku dah hilang jawatan di MPP gara2
orang tabur fitnah dan tak puas hati dengan aku dan Zack.
Kalau tak suka sebab kami jarang turun ke meeting mungkin logik.
Meeting buat weekend memang sengih la aku nak turun.
Aku prefer latihan wataniah lagi la berbanding meeting.
Tapi jangan la sampai tabur fitnah.
Kan tu besar dosa dia.
Na'uzubillah..
Aku dapat roomate yang sama nama dengan aku.
Bukan BOGY taw! Syukri nama dia..
Rajin baca Quran, pagi malam baca aja.
Petang takda sebab dia suka riadah.
Kira petang ja dia hilang,  dia suka main hoki dan dia
sangat hebat kalau semua nak taww :) !
Dia sem 3 Dis 2013 dari JP..
 
Aku dapat tawaran kamsis sekali dengan jawatan AJK dalam
Kor Sukarelawan IM4U.
Asal tu memang aku geleng dah laa.
Iya laa, sedar diri sangat sangat sebab aktiviti IM4U pun
buat weekend jugak.
Latihan wataniah ni pun weekend jugak.
So memandangkan nak balas jasa kawan Abah ni yang dah tolong
aku dapatkan kamsis,
berhutang la aku paksa atau rela.
 
Tapi Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar dan orang puas hati sangat dengan kerja aku.
Aku cukup rasa senang kalau tengok orang lain senang.
Taktawu lahh, diri ni takda lah baik pun kan tapi aku
ada perasaan macam tu.
Didikan tegas Abah dan Umi dulu kut barangkali.
 
Talk less, act more.
Ni barisan Kor Sukarelawan IM4U bersama Encik Sulaiman baju kekuningan
dan Encik Faizal yang T-shirt putih tu.
:)
Salam 1 Malaysia buat semua!