Cerita 19 Tahun dgn Handphone :)

Kalau cerita dulu cerita dulu lahh,
kalau cerita sekarang memang fresh kaw segar bugar la kan?

Dulu kalau ada orang kol aku
cukup segan la aku nak jawab kol depan Umi Abah.
Sebab takut kena bahan?
Salah..
Sebab kalau nak cerita relation antara henfon dengan Abah ni,
macam2 kisah dia bro.

1. Aku dapat guna henfon ni masa umur aku 10 tahun lagi.
Abah janji nak hadiahkan sebiji henfon kalau dapat nombor 1 dalam kelas.
Itu lahh, bila dah rezeki Allah nak bagi,
aku dapat tu.
Alhamdulillah.

2. Kalau masa makan jemaah ngan family ke, atau masa gather
ngan family depan TV,
jangan bunyi lahh henfon tu kalau taknak kena marah.
Pernah Abah cakap
"Masa makan tu makan je. Abah campak henset kat dinding baru taw."
Abah kata ni masa dengan family.
Yg hang? Sibuk serupa ngan menteri lagi ni.

3. Paling penting henfon aku tak pernah beli dengan duit sendiri.
Aku dapat pun tak pernah yang first hand.
Semua second-hand.
Kalau bukan yang Abah punya, yang Umi punya.
Tapi aku tak berniat nak ungkit, nak bising ke pasal ni.
Malah aku bersyukur dan cuma nak cakap terima kasih
banyak2 Umi Abah :)

4. Pernah jugak beli henfon guna duit sendiri dulu.
Itu pun beli online.
Dah la first time nak beli guna duit sendiri,
last2 kena scam.
Tak ke bengang aku rasa? RM300.
Last2 boleh buat apa kalau cuba niat dah halalkan semua.
Aku tak tawu lahh, inshaAllah kita dah settle.
Wallahu'alam :)

Tapi sekarang takdak lagi dah Abah buat macam ni.
Abah pun dah faham, dah besar anak2 dia.
Cuma nya aku masih hormat laa apa yang Abah ajar tu
jangan ada kolling2 time makan jemaah, time dengan family.
Cuma nya sifat segan sembang di telepon tu takda dah.
Siap tanya lagi tu kadang kalau aku cakap lembut kat henfon sebab
biasanya kalau member laki yang kol,
riuh dia gila, lain macam.
HAHA.
Kadang Umi tanya siapa tu? Teman Istimewa ye?
Gelak je umi alang ni :)

Cerita banyak bro.
Tapi yang 4 ni paling dekat dengan aku laa aku rasa,
yang paling aku ingat sekali!
Tak laa macam korang semua kot..
Sekarang ni kecik2 lagi dah jadi Android user?
BB user mungkin?
Hebat hebat belaka laaa ya Allah
:D

Buku Baru Semester 4 :

Aku nak mohon kamsis tapi kalau
nak mohon macam tu je,
aha memang tak dapat lahh jawab dia..

Jadi terpaksa minta tolong Abah.
Ikutkan hati,
malu, segan.
Kita anak laki ni dah besar pun nak susahkan
Abah dia lagi.
Aduii..
Tapi apa boleh buat,
keadaan memaksa.
 
Nak dijadikan cerita bila dah dapat kamsis,
lain pulak cerita life aku sem ni.
 
Aku dah hilang Zack yang selalu nya kami ke
mana pun berdua ja.
Aku dah hilang jawatan di MPP gara2
orang tabur fitnah dan tak puas hati dengan aku dan Zack.
Kalau tak suka sebab kami jarang turun ke meeting mungkin logik.
Meeting buat weekend memang sengih la aku nak turun.
Aku prefer latihan wataniah lagi la berbanding meeting.
Tapi jangan la sampai tabur fitnah.
Kan tu besar dosa dia.
Na'uzubillah..
Aku dapat roomate yang sama nama dengan aku.
Bukan BOGY taw! Syukri nama dia..
Rajin baca Quran, pagi malam baca aja.
Petang takda sebab dia suka riadah.
Kira petang ja dia hilang,  dia suka main hoki dan dia
sangat hebat kalau semua nak taww :) !
Dia sem 3 Dis 2013 dari JP..
 
Aku dapat tawaran kamsis sekali dengan jawatan AJK dalam
Kor Sukarelawan IM4U.
Asal tu memang aku geleng dah laa.
Iya laa, sedar diri sangat sangat sebab aktiviti IM4U pun
buat weekend jugak.
Latihan wataniah ni pun weekend jugak.
So memandangkan nak balas jasa kawan Abah ni yang dah tolong
aku dapatkan kamsis,
berhutang la aku paksa atau rela.
 
Tapi Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar dan orang puas hati sangat dengan kerja aku.
Aku cukup rasa senang kalau tengok orang lain senang.
Taktawu lahh, diri ni takda lah baik pun kan tapi aku
ada perasaan macam tu.
Didikan tegas Abah dan Umi dulu kut barangkali.
 
Talk less, act more.
Ni barisan Kor Sukarelawan IM4U bersama Encik Sulaiman baju kekuningan
dan Encik Faizal yang T-shirt putih tu.
:)
Salam 1 Malaysia buat semua!
 
 

Precious Moment A Week Before Cuti Raya Haji.

Hm,
lama sangat menyepi, terlalu lama,
Aku rindu kan blog ni sebenarnya, dah berdebu,
*fuhh* *fuhh*
tak berusik lama dah.
Tapi ape boleh buat rilekss sat,
banyak sangat keje yang aku kena siapkan dan
pass up based pada due date dia.
So, cool,
sekarang aku dah ada masa aku untuk update kan?
hahak!

Actually sepanjang aku hilang ni,
guys,
I've met someone.
Yeahh, a girl,
not an ordinary girl.
Trust me,
I dont know where to start,
I dont know how to describe her generally,
just give me some time,
I'll story everything later,
kehh :)

Tapi criusly,
first met aku dengan dia memang takkan penah aku lupa.
Full loreng kot, dengan military disc tergantung.
Saja la offer diri nak tolong hantar dia balik
ke station bus,
tengok2 dia sudi so aku pun carry on la.
Hm hmm.

Since that day, aku kenal dia.
Sikit demi sikit cerita dia aku tawu dan macam
susah nak percaya.
Tapi aku tawu dan mula percaya bila bukti
dah depan mata.
Just bersabar awak,
InshaAllah Allah mudahkan jalan untuk awak ye.

Saya tak tawu apa penghujung friendship kita ni.
Tapi kita cuma usaha then biar Allah tentukan.
Awak dengan cara awak dan saya dengan cara saya,
Itu mungkin lebih melengkapi kita ni masing2.
:)
Saya makan ngan awak kan ngan kawan2 yang lain.
Kan setiap kali order mesti saya tengok waiter tu kan,
awak akan cakap ape,
 
*sambil tengok muka saya*
"Awak ni, senyum lerw sikit. Tengok dia macam nak pukul je kenapa?
Hmm."
 
Huhu..
Tak tawu nak cakap macam mana masa tu.
Awak tegur saya macam mana cara saya bercakap 
ngan waiter,
aku tunjuk ajar saya bila saya patut senyum,
awak tegur saya bila saya tak senyum,
awaaaaak,
terima kasih atas teguran tu.
Saya takkan lupa semua tu even kalau
lepas ni perkara buruk jadi ke,
(nauzubillah)
 macam
"Lu sama Lu, Wa sama Wa" ke,
tak kesah lahh,

Just Tengsssssss.
:)
-----------------------------------------------------------

Ikhlas,
Bogy.

Teringat Arwah Si Sahabat Karib :

Mood yang happy tadi bertukar jadi tak ceria dah.
Tapi aku tak salahkan sapa sapa.
Silap silap aku nak salahkan diri sendiri ja,
terlalu over sangat feeling sampai orang cuma nak sembang
tapi aku yang buat teruk.

Dalam kereta tadi abah buka topik pasal Hadi.
Arwah.......
Allah
:'/

Aku rindu hang Hadi.
Aku rindu hang sangat.
Aku harap sangat ang ada sebelah aku sekarang ni.
Aku nak peluk ang kuat kuat.
Hang selalu sangat perihatin ngan aku masa aku kecik dulu.
Aku tak nampak semua tu.
Kalau lahh aku tawu,
even kita kawan baik,
aku akan layan ang lebih baik lagi dari yang aku layan ang
sekarang ni.

---------------------------

Antara kita cuma ada kenangan yang aku simpan masa mula
kita kenal darjah 4 dulu.
Manis sangat semuanya.
Tapi kita ada gaduh gaduh jugak,
cuma aku tak boleh ingat sebab apa.
Mungkin Allah dah tutup pandangan tu dan bukak
yang baik baik ja untuk ang.

Aku akan cari masa ceritakan cara kita kenal,
macam mana kita berkawan.
Walaupun jarang contact bila dah besar,
bila tawu ja Syuk nak datang rumah,
mak hang akan masak untuk aku ja!
Seronok sangat.
 
-------------------------------
 
Rinduuuu..