Malas ? Tak baik tau ! Ada ubatnya :

Hari ni, bogy nak bukak entry pasal malas tauu. 
jujur bogy nak kongsi dengan semua bloggers bogy, yang bogy ni, takde laa rajin mane pun -,- . Hihik. 

Habiss?? Apa yang bogy rajin buat yaw??

*thinking*

takde rasenye ;)
Hmm, tapi kite takde arr malas sesangat kan. ada time kita rajin gile, ada time tuu, nak ckp pun malas. malas betul. malas ! malas ! malas !

So, bogy yakin sini, semua pun tawu yang malas tu satu mende yang tak elok taw untuk diri sendiri. Seriusly talking here.

Umi pernah cakap :

"Lebih baik jangan hidup kalau nak buat itu malas, ini malas"

Then abah pulak cakap :

"Kenapa nak malas dalam hidup ni? Kenapa kena kedekut tenaga? Dalam hidup ni kita kena rajin, alang. rajin tolong orang, rajin buat baik dengan orang, rajin beribadah. semua tenaga yang kita kerah masa tolong orang, akan di cover balik dengan rehat. betul ke tak? habis kenapa kena malas?"

haaaa, lebih kurang gitu lahh cara abah dgn umi cakap kat bogy :)

Betul ! bogy ingat kata2 dua permata hati ni lahh sebenarnya buat bogy pikir paaaanjang. kenapa kena malas? kenapa? kenapa? takde reason tau. dia balik kat diri bogy sendiri. bogy malas sebab bogy tak mampu nak disiplin kan diri sendiri tanpa bantuan dari orang lain kekadang. takde orang nak pantau dan kawal aktiviti bogy 24/7. kalau orang lain tak tawu lahh. cuba2 tengok dan renung sendiri. hmm, sediyhh betul :/

hari2 doa ni bogy amal. bogy dapat keratan ayat ni dalam mathurat. masa tu bogy stay kat sekolah lama bogy kan, kat SMKANT. setiap petang baca mathurat. kan ada sekali dengan makna? so doa dia lebih kurang macam ni :



Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"

Aminnnnn !

Kan selesai baca satu doa hari ni :) ? alhamdulillah. Hihhi. nahh, jadi bogy dah kongsi pun sini satu doa. harap semua boleh hafal, harap semua pun boleh amal. kita niat balik buat ni lillahita'ala tauu. kebaikan tuu, balik untuk kita sendiri jugk nanti. inshaAllah.

Sebab one thing yang buat bogy sedih and seram sejuk nak stay kat sem dua ni sebab benda alah capital M ni arr ! malas -,- . malas study. malas ke kelas. malas nak bercakap dengan kawan2. malas nak kemas beg. malas nak kemas rumah. malas nak berpikir. malas nak catat nota. semua malas !

 Ya Allah, kena patan dengan umi ni main malas2 macam ni, diam seribu bahasa punya ni. konpem ! hahaha.

lagi pun takut sama, final sem dua dah dekat. ada subjek yang test dia dah buat dah, kuiz dah buat dah. tapi apa pun tak fahaaam ! Hmm, umi, abaaah :/ .........

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi) 
 
p/s : dekan sem satu, tak mustahil masih dekan di sem dua. semangat + usaha + jangan MALAS + tawakal tu'alallah  = SUCCESS ! . inshaAllah.


Ikhlas,
Bogy. 

Segmen SMS - Untuk Teman/Sahabat


     ||  Ruang ini akan dikemas kini dengan sms text yang menarik setiap minggu :) ||

_________________________________________


     Tadi ambulans datang sebab satu dunia CEMAS bila tawu pasal persahabatan kita !
    Lepas tu BOMBA pulak datang tiba2 sebab satu dunia cakap persahabatan kita sehangat api !
    Tanpa diduga seorang ARKITEK datang bertanya macam mana nak bina sebuah bangunan SEUTUH persahabatan kita ?
    Maka saya pun jawab,
    WALAU JAUH DI MATA, AWAK TETAP NYATA DI HATI SAYA .

_________________________________________


Maaf, mungkin selama ini aku bukan lah teman yang baik......
    Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu....
    Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuat kamu rasa sedih tersisih.....
    Maaf juga, mungkin selama ini bicaraku yang pedih.....
    Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami......
    Maaf, aku hanya manusia biasa,
    Kerana kelemahanku itu aku panjatkan doaku buatmu di kesempatan yang ada....
    Moga Allah selalu menyayangimu......
    Kerna siapa pun kamu,
    Kamu tetap
SEORANG YANG BERHARGA BUAT DIRIKU.

_________________________________________


Hadirnya,
    SAHABAT kepadaku bukanlah kerna indah rupanya sebagai pemikat,
    Bukan juga kaya hartanya sebagai pengangkat martabat,
    Jua kuat tubuhnya yang menunjukkannya hebat,
    Tapi,
    diciptakan SAHABAT untukku kerna indah pekertinya sebagai pengukuh ukhuwah yang terikat,
    juga kaya budi bahasanya menzahirkan akhlak yang tersirat,
    Jua kuat imannya agar sentiasa mengajakku untuk beribadat.

_________________________________________

 Dear Friend,
    If you need to talk, I'll listen,
    If you need to cry, I'll hold you,
    If you feel lost, I'll help to guide you,
    If you need to be angry, I'll let you,
    If you are feeling attacked, I'll be your defense,
    If you need to lean awhile, I'll give you a shoulder,
    If you are feeling unsure, I'll be your confidence,
    If your are feeling alone, I'll be a friend who wont leave you,
    If you need to learn to trust again, I'll prove to you that you can.

_________________________________________


Friendship is being happy for the other person when they is happy,
    Being sad for the other person when they are sad
    Being together in good times and being together in bad times,
    Friendship is the source of strength !

_________________________________________


Berjauhan....,
    Adalah satu penderitaan,
    Namun hakikatnya ia akan menerbitkan rasa kasih, rindu, dan sayang :)

_________________________________________


Saya telah menjalani X-Ray hari ni dan mereka jumpa awak dalam hati saya.
    Doktor cakap, kalau keluarkan awak, saya akan mati.
    Sebab saya tak boleh hidup tanpa kawan baik macam awak.

_________________________________________


Dulu kita selalu jumpa
    Borak sama2, gelak sama2, gembira sangat...
    Apa2 pun yang kita buat mesti ada kenangan yang indah2..
    Sampai rasa taknak lari dari masa tuu..
    Sekarang,
    Kita jauh..
    Tak dapat jumpa selalu, selalu rasa rindu...
    Macam mana kalau satu hari ditakdirkan saya tak ada lagi ?
    Harap2 masa yang kita simpan bersama tu sentiasa boleh buat awak tersenyum...
    Bukannya untuk di tangisi, sebab saya sedih bila tengok orang yang saya sayang sedih..
    Dan jangan lupa,
    Ada atau takde saya, saya sentiasa nak ambik tau tentang awak...

Rajin? :) Jom Dhuha :


Maksudnya :

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh..


Cerita dia macam ni :

Mula nya, aku tak pernah ambik tawu pun pasal kelebihan doa nih, apa kesan dia kat kita,
apa manfaat dia,
tapi once along pasang selawat ni dalam kereta dia,
kerap ulang, ulang dan ulang,

Ya Tuhan,
aku kalau bab2 lagu, melodi, muzik menda alah ni aku suka.
So, alhamdulillah. Dalam suka aku ada kebaikan dia.
Untuk yang belum dengar, DAN nak dengar selawat tuu,
boleh tengok dekat Laman Video Saya,
atau,

Rupa2nya, antara kelebihan doa dhuha ni ialah,
murah rezeki seseorang dan diberikan kesihatan tubuh badan, inshaAllah.
apa2 pun inshaAllah, dengan izin dia saja.
kita sebagai manusia ni, cuma kene yakin, dan beramal je lahh. amal, amal, dan terus beramal.
inshaAllah. lain2 kita serah pada Allah. Dia lebih tahu :) .
Jadi, siapa yang rasa nak cari pahala mudah,
atau rajin nak mula kan solat sunat dhuha,

Jadi sini,
nahh, aku kasi link ni untuk kita kongsi dan amal ramai2 keh?
Kat sini dia explain sebaiknya tentang cara2 nak tunaikan solat dhuha nihh.
Sooooooo,
 
>Picit saya<

( credit pada The Akhyaar : Writer )


Takpe.
Kalau rasa tak ada masa nak buat selalu, cuba lahh pelan2, seminggu sekali mungkin ?
mudah mudahan kita selalu dikurniakan rezeki yang murah, inshaAllah.


Salam sabtu :)

Sahabat - Made by Bogy :

 27 NOVEMBER 2012

Aku kenal dia di sini.
Politeknik Seberang Perai menjadi saksi.

Yang dulu,

Utuhnya persahabatan seorang adam dan seorang hawa,
Dalam perkenalan sentiasa ada gelak tawa,
Diselit dengan manisnya walau berteman air mata,
Tidak kenal erti nya rahsia.

27 November

tarikh keramat tercipta,
Ungkapan sahabat selamanya,
Selalu ada waktu, selalu ada masa, yang penting bersama,
 Walaupun bukan di sisi, tapi selalu di akal, memikirkan keadaan kita,
dan selalu di hati, merindui telatah kecil kita.

Dan sekarang,

Kita mengorak langkah,
Meninggalkan masa muda, dimamah usia,
Jarak yang begitu singkat, detik demi detik yang berlalu,
Merasakan ada ruang, lohong di lorong persahabatan.

Kau berkata :

Perubahan itu kerana diri sudah mulai dewasa,
Kerana sudah menemui cinta, yang dulu diri berkata, ia bukan lah segalanya,
 Juga terlalu tergamam dengan perubahan seorang adam,
Merasakan diri tidak selesa untuk terus memulakan bicara,
sehingga hari ini.

Dan kali ini, seorang adam membalas kenyataan :

Pergi nya diri ini pada awal perhubungan, bukan sebab mula membenci,
Bukan sebab sudah tidak menyukai,
Tetapi sebab hati, keliru memilih jalan Persahabatan atau Bunga,
Kerana takut tersilap langkah,
Adam menyusun sepuluh jari memohon maaf,
Mengundur diri agar tidak dimarah Illahi,
Kerana tergugat hati punya perasaan lebih kepada yang lain selain Dia.

Bukan si Adam memilih jalan dingin, permusuhan,
Tetapi cuba menenangkan sahabat setia, si hati yang selalu bermain kata2,
Yang boleh jadi terluka bila di endah, retak bila di sentuh,
Begitu tinggi tahap kesensitivian nya.

Terlalu takut akan itu,
Diri ini bertindak mementingkan diri sendiri,
Lupa akan perasaaan si Hawa,
Yang entah bahagia, entah idak.

Tapi dengarnya :

Si hawa sudah menemui cinta hati,
Jejaka tampan, bukan dari rupa, tetapi ikhlas hati melayan si dia,
 Kerna tertarik akan keikhlasan,
di izinkan hawa untuk membuka hatinya,
diambil kunci dari si adam yang dulunya dipegang atas nama sahabat,
ditukar milik kepada jejaka tampan,
bagi menghias hati nya si hawa.

Alhamdulillah,

Sekarang tidak perlu lagi khuatir,
Ukhuwah yang lalu boleh kembali terjalin,
Tetapi persoalan yang timbul,
Mahukah si hawa pulang, menjadi seperti anak kecil yang dulu,
Gelak tawa hadir semuanya demi sahabat, yang pancarnya dari hati, ikhlas,
Bukan mohon untuk kau kembali berkongsi semua,
Andai nya diri itu sudah tidak sudi,
Hanya senyuman yang ikhlas dipilih untuk dilihat,
Kerna cukup membuat hati kecil ini beringat,
Di saat semua sahabat tersenyum,
Aku lah alasan disebalik semua senyuman itu .

Ikhlas,
Bogy.

Digital Media - Poster Design :

*kicink* *kicink*

Haa, saje lahh nak suruh readers buat sound effect sikit kat atas tu :p hahaha.

Okehh, see? nampak tak kat bawah ni? its a poster.


Ni semuaaa? poyo! haha. ni praktikal test aku yang first. well, digital media punya kan. hmm. ni je lahh yg aku mampu kasi pun, yg mampu aku buat. first time woi. tak macam org len dalam kelas tuu haa, even ada jugak same macam aku first time, tapi memang dah ada set2 yang suka main dgn benda alah photoshop nih -,- . takpe lahh, biar depa. jangan lupa tonton and beli tiket untuk 'Cinta BBM' ni keh? cepat! sementara belum sold out. kahkah :p

Then, nak jugak promote poster budak2 kelas ni haa. tengok lahh. ni semua tiket dah sold out. tu lahh ampa, lambat! sapa suruh -,- .


yang atas ni akak fatin hanani punya design. title filem dia ala2 lagu najwa latif kot. ku ada mu tuhaaan :) . haha. hebat.


ni pulak akak yasmin amran punya. teringin pegi Paris yaww. perghh3. kita doa je lahh ramai2. mana tawu lepas jugak haa dia pergi sane. enn? whatever :p haha. *sorry kak yasmin*


 Hm. ini milik kak siti khadijah. wahh3. cantik ann font title dia pilih? erhmm, kuat cintun kak khadijah ni :) . haha.


haa, ni kak farhana. tiket dia lahh sold out paling laju. sesuci tiket betuuul -,- . haha.


 perghh3 ! ini abang fitri @ abang fifi punya design. nampak tak kehenseman beliau dalam poster tuu? tiket dia habis semua set2 awek belakang rumah aku haa beli :p . tu semua fan club abang fifi. haha.
 

Haa, ni kak pyka. asalnya PA aaron aziz dulu. sekarang dah jadi bintang utama haa. congrate :p . hahah..


Akak izzati curi pelakon indon arr. mana aci -,-. saya sebagai pengerusi perfileman malaysia tak sudi nak tayang filem ni . kahkah.


Akak nabilah ! ermmm, muka maintain sweet sixteen gitu. huhu. dia watak utama whoa dalam filem ni. tiket? tak sempat sale dah sold out. perghh3 -,- .


haa, kak hawa! suprise! haha. badai senja eah kak hawa? emm, novel lettew :p . haha.


Akak athirah main kotor arr -,- ciplak filem aku dulu. hm hm. takpe. takpe. tak tayang filem hang. haha.


akak pipot! kihkih! akak afifa. dia buat filem ni pelakon dia dua orang je haa asal dia. dia dengan tutt tutt. eleyhh, dengan BF dia. tapi tara tuu pun tiket dah abis. haihh, jeles :p . haha.


Haha. Abang long dollah! aku suka gila babeng poster ni. nampak kegangsteran aku tuu. gambo ni agak2 snap bila klu semua nak tau? 4 pagi bhai. di sebalik kaca mata tu tgh tido sebenaqnya. haha.


ini memang tak boleh nafi dah laa. kehebatan akak hizati kita ngedit poster untuk filem dia. perghhh3. saingan sengit lakonan dia dengan heliza. mana tahan beb -,- . haha.


akak shira penang ! haii kak, sensorang je sini. nak saya teman? weeeewit :p haha.


akak tashvini! love never dies pun bolehh haa. kuat cintan betul dia ni. haha.


Akak fazira ! habis je shooting filem dengan aku, buat filem sendiri pulak haa. meregeh -,- . haha.


akak husna ! ayyik?! kenapa gambar dia kat tengah2 eaaah? nak jadi orang ketiga lettew. tak eloook ooo -,- . haha.


abang azam kita !  ni lagi arhh, nampak payah gila nak manage poster ni. berbakat betul abang kita nihhh :p



perghh3. abang najemi! pengaruh dota kuat gile -,- . a'ah kan. buat lahh satu filem dota lepas ni. mana ada lagi nye haa setakat nihh.


nak pegi waterfall eaah akak purna ? junjung pun bolehh :p . hehe.



akak eyfa! hairul ni jiran dia. kenal2 kan lahh. depa memang rapat :p . sape nak sign?? angkat kaki. haha.


semangat binatang buas tu ada je haa kat abang sivabalan kita nih. kalau aku ngedit, aku ambik hat comeh2 ja, beruang ka, panda ka. haha.


akak shira salim. yang belah kiri tuu adik, yang belah kanan tu akak. yang tengah2 tu entah. jurumekap mungkin -,- .


erm, abis lahh. bila juliet ngedit poster untuk romeo, ini lahh jadi dia. kan akak dayah kan? haha.


aduhh. aduhh. ni lahh dia haa, master dalam kelas. abang zakaria . jelesss -,- . nasib baik dia kredit nama aku. kalau idaaak, hahaha.


perghh3. abang mino rasyid . tak takot ke bang jalan gelap2 sensorang? nak saya teman? haha.


woii!! geng screamo. filem ni aku kena tapis berabis, baru bolehh lepas panggung ni. nasib leader dia hat sarung baju putih tu hensem. abang zahirol. oke lahh, aku tayang pi lahh kat panggung besok -,- .


nama produksi dia pun dah buat aku kagum betul. nama produksi sini set2 kemaih haa.  nak haromm. jeless -,- . ni akak renuka punya. hebat? sorry. dah sold out. haha.


akak asma dengan lelaki berbaju sekolah. penuh misteri. hm hm. bior je lahh. hahahaha.


wahhh, abang naveen. cantik muka bang. haha. dalam filem ni dia sorang je laki. pelakon lain semua dia rembat perempuan. aku nak berlakon? mentah2 dia tolak. -,- .


ehh akak aimi ..... :) . comeyhh haa anak. laki mana? emmmmmm, sibuk shooting lettew. hahaha.

haa, amacam? ada kagum dengan design2 kelas aku? well. niat hati taknak kongsi satu pun pasal idea poster ni. ada lahh junior aku sorang dalam kos aku ni. nanti dia curi idea2 sini, tak fun ha. haha. tapi bila pikir2 balik. alorhh, bior arhh. curi je lahh haa, nampak sgt tak kreatif dia ;) . haha.

and atas permintaan, satu poster tak dapat ditayangkan. sebab filem tu lepas tiket dia dah sold-out, poster dia orang curi berabis. takde stok dah nak snap untuk sample :p . hahah. akak yana tilin2!

okehh laa. tu je. :)

wassalam.

Kategori Cinta Hati dan Cinta Akal :

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah masih kasi aku bernafas lagi untuk tulis entry terbaru buat tatapan semua*ayat skema* .

Tapi alhamdulillah, masa aku sebut ayat yang kat atas tu, hati rasa betul2 tenang.. aku pelan2 semakin dekat dengan Allah hu rabbi. Tapi ujian demi ujian Dia terus2 kasi dekat aku, godaan syaitan untuk aku supaya patah balik, tak perlu dekat dgn Maha Pencipta. Silap. Tu semua silap. sebab aku pegang something yang disebut, Innallaha ma'na :) .

Okeh, apa entry untuk kali nih? tak lain tak bukan :

- CINTA -

hmm,
lain orang lain pendapatnya.
lain orang lain pengalamannya.
lain orang lain citarasanya.
lain orang lain perasaan nya.
lain orang, lain pilihannya.

semua lain2 yang berkaitan kat atas tu membuktikan, kita mencintai seseorang dengan cara kita sendiri. itupun atas kehendak Allah! bukan atas kehendak hati, bukan atas kehendak akal fikiran, bukan nafsu semata2, tapi Allah :) ! Masih tak nampak eah? sini. dekat sikit. nak cerita ;) . Hehe.

aku tak cuba curi idea dari mana2 pihak tauu, ini memang bogy copyright. betul keh. tak tipu :/ . Hmm.
baiklah.

Cinta atas kehendak hati.
boleh jadi cinta nafsu semata2! boleh jadi ikhlas datangnya perasaan tu secara tiba2. boleh jadi apa2 je. yang penting niat. inshaAllah. atas sebab apa suka dia? atas sebab apa sayang dia? cuba renung kejap. pikir balik. atas sebab apa? kalau kosong, berhentilah mencintai si dia. Takut membawak kepada bende lain, kemaksiatan mungkin. takmawu kan? nanti Allah tak sayang. takutt :( . Tapi kalau cinta sebab Dia, hmm. entah lah. bila bicara pasal soal hati, mula laa aku tak tawu macam mana nak tafsir isi hati. aku tak pandai. tapi yang aku pernah rasa, yang pernah aku alami, aku pernah mencintai seseorang. dan perasaan tu bila dia gembira, hidup ni rasa berbunga. bila dalam hubungan tu terjaga kan, kita rasa dunia ni kita yang punya. tapi bila gaduuuh, bila kita sediiyyh, ya tuhan. sakit nya tu tak tertahan haa!

hati ni kan, susah betul nak tafsir apa yang dia boleh buat, apa yang dia mampu buat, apa yang dia boleh rasa. hm, balik lahh pada topik. orang cakap kalau bercinta, kena pilih yang pilihan hati, kena pilih apa yang hati nak. ehh, betul ke? pernah dengar pulak tak kalau ikut hati, mati? haa, berani mati lettew :) . hehe. takpe, biar lahh mereka2 itu. <3 !!

Cinta atas akal fikiran 
macam mana pulak eah? mungkin macam ni lahh. cuba imagine situasi seseorang, yg mana dia ni hidup susah. tapi ada seseorang yang tak lari dari dia. suka tolong dia. tolong keluarga dia misalnya. katakanlah, yang susah tadi tu, awekss. yang menolong tadi tuu, balakss :) . oke lahh. nampak tak beradab pulak ckp macam tu. kita tukarlah. yang susah tadi tu, nama dia mimi. the other one called zaki. zaki suka kan mimi. dia confess kan dekat mimi. tapi sayang, mimi cuma anggap zaki sebagai seorang abang. sebab mimi simpan perasaan dekat orang lain, called fifi. fifi budak jahat. mati2 dia planned nak mainkan perasaan mimi. last2, mimi jadi mangsa. saat tu, dia teringat balik yang zaki selalu ada dengan keluarga dia, tolong dia, then dia buat keputusan nak pilih zaki lepas cinta dia, fifi dah mainkan.

oke, copp! nampak tak? :) . mimi berfikir. bagi aku, pendapat aku, nilah nama dia cinta atas akal fikiran. kan? hmm. unik sgt lah pulak aku nak tafsir cinta alah ni. haha :) . tapi yg penting, kita boleh nampak, dia tak ikut gerak hati. dia tak ikut hawa nafsu. dia cuma fikir yang dia betul2 terhutang budi dgn orang yg memang slalu tolong dia dalam kesusahan. cinta ni boleh jadi seutuh-utuh cinta kalau mimi boleh ubah perasaan dia, syg kan zaki mcm mana dia syg kan fifi sebelum ni. tapi soalan dia sekarang, boleh kah? haa, kenapa boleh? dan kenapa pulak tak? :) . jawab, jawab!

Jawapan aku? jawapan aku, jawapan aku lahh. tapi aku nak jugak dengar jawapan dari ampa haa.
okehh, bagi aku :

 hati dan akal ni, dua2 kena bergabung bila melibatkan soal cinta. hati tak kuat nak tanggung ni semua 'sorang' diri. akal pulak tak mampu nak buat keputusan penuh tanpa kawan baik dia, hati. jadi, bagi aku lahh kan, dua2 ni kena libatkan diri bila cinta datang. nampak tak? tapi. yang lebih penting, setting balik niat atas sebab apa mencintai, tolak nafsu mentah2 tanpa perlu pikir panjang, libatkan hati dan akal serentak, dan rasa tengok. cinta apa yang datang? klu dengan izin Dia, mungkin Dia akan kasi cinta tu semata2 kerna Dia. wallahu'alam.

sekadar cuba mendalami semua ni kan, sebab aku sekarang pun dalam proses cuba mendalami semua ni. cuma belum dapat jawapan dia lagi. siapa yang dah, kongsi2 lahh cerita keh? bogy sudi nak dgr :) . InshaAllah.

takpe lahh. tak kesah lahh macam mana pun cara seseorang tuuu, nak mencintai orang lain. terpulang :) . itu hak individu, hak masing2. nak bercinta melalui hati ke, akal fikiran ke, tapi kena ingat, bukan ikut nafsu semata2. aku cuma mintak renungkan, then fikir sekejap, atas sebab apa kita nak mencintai, dan dicintai. dua2 pun kasi kebahagiaan dalam hidup ni sebenarnya. dua2. tapi kalau dah dua2 bukan niat sebab Dia, kita rasa Dia nak kasi hubungan kita stay lama tak? taaak. tak yakinnn :( . kalau Allah kasi jugak kebahagiaan tu walaupun bukan niat sebab Dia, haa.., kita dah kena waspada.

pernah belajar subjek syariah islamiah masa sekolah menengaaah? haa, nikmat yang Allah kasi dekat hamba2 Dia atas bukan keredhaan Dia, tu semua dipanggil sebagai Istidraj. bahaya istidraj ni, sebab dia buat kita bertambah sesat, jauh lebih sesat dari yang biasa. nauzubillah. takutt :( .

Jadi, fikirkan sekejap keh? takpe. soal hati ni jangan gopoh sangat. nanti lain jadi dia. cuba pelan2 :) . nak paksa hati berhijrah ni tak mudah. asalkan istiqamah, inshaAllah, yakin, apa pun boleh jadi, apa pun kita mampu buat.

Salam sayang,
bogy.