Malas ? Tak baik tau ! Ada ubatnya :

Hari ni, bogy nak bukak entry pasal malas tauu. 
jujur bogy nak kongsi dengan semua bloggers bogy, yang bogy ni, takde laa rajin mane pun -,- . Hihik. 

Habiss?? Apa yang bogy rajin buat yaw??

*thinking*

takde rasenye ;)
Hmm, tapi kite takde arr malas sesangat kan. ada time kita rajin gile, ada time tuu, nak ckp pun malas. malas betul. malas ! malas ! malas !

So, bogy yakin sini, semua pun tawu yang malas tu satu mende yang tak elok taw untuk diri sendiri. Seriusly talking here.

Umi pernah cakap :

"Lebih baik jangan hidup kalau nak buat itu malas, ini malas"

Then abah pulak cakap :

"Kenapa nak malas dalam hidup ni? Kenapa kena kedekut tenaga? Dalam hidup ni kita kena rajin, alang. rajin tolong orang, rajin buat baik dengan orang, rajin beribadah. semua tenaga yang kita kerah masa tolong orang, akan di cover balik dengan rehat. betul ke tak? habis kenapa kena malas?"

haaaa, lebih kurang gitu lahh cara abah dgn umi cakap kat bogy :)

Betul ! bogy ingat kata2 dua permata hati ni lahh sebenarnya buat bogy pikir paaaanjang. kenapa kena malas? kenapa? kenapa? takde reason tau. dia balik kat diri bogy sendiri. bogy malas sebab bogy tak mampu nak disiplin kan diri sendiri tanpa bantuan dari orang lain kekadang. takde orang nak pantau dan kawal aktiviti bogy 24/7. kalau orang lain tak tawu lahh. cuba2 tengok dan renung sendiri. hmm, sediyhh betul :/

hari2 doa ni bogy amal. bogy dapat keratan ayat ni dalam mathurat. masa tu bogy stay kat sekolah lama bogy kan, kat SMKANT. setiap petang baca mathurat. kan ada sekali dengan makna? so doa dia lebih kurang macam ni :



Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"

Aminnnnn !

Kan selesai baca satu doa hari ni :) ? alhamdulillah. Hihhi. nahh, jadi bogy dah kongsi pun sini satu doa. harap semua boleh hafal, harap semua pun boleh amal. kita niat balik buat ni lillahita'ala tauu. kebaikan tuu, balik untuk kita sendiri jugk nanti. inshaAllah.

Sebab one thing yang buat bogy sedih and seram sejuk nak stay kat sem dua ni sebab benda alah capital M ni arr ! malas -,- . malas study. malas ke kelas. malas nak bercakap dengan kawan2. malas nak kemas beg. malas nak kemas rumah. malas nak berpikir. malas nak catat nota. semua malas !

 Ya Allah, kena patan dengan umi ni main malas2 macam ni, diam seribu bahasa punya ni. konpem ! hahaha.

lagi pun takut sama, final sem dua dah dekat. ada subjek yang test dia dah buat dah, kuiz dah buat dah. tapi apa pun tak fahaaam ! Hmm, umi, abaaah :/ .........

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi) 
 
p/s : dekan sem satu, tak mustahil masih dekan di sem dua. semangat + usaha + jangan MALAS + tawakal tu'alallah  = SUCCESS ! . inshaAllah.


Ikhlas,
Bogy. 

3 comments:

  1. yeahh..lepas niy kembaq 1 nak jadi rajen lar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Kembaq dua support belakang selalu ;) . Go kembaq Go :D ..

      Delete