Goodbye holidays ! Welcome Regiment/Recruit !

Sepi, syahdu, pilu, feeling lebih..

Tu semua apa yang bogy rasa malam ni. Malam kedua last sebelum bergerak ke Rejimen 509,
5 Mei ni.

Post ni bogy tak rasa nak cakap banyak a.k.a. taip panjang2,
sebab apa yang nak diluah, banyak nya tak terkira,
kalau nak diluah rindu, bentang laut belum tentu puas melafaz,
kalau nak kata sedih, tadah kan kawah lima kenduri pun tak pasti,
kalau gembira pulak? hehe :)

Allah,
Biar diri ini dan diri-Mu je yang mngerti kan?

Isnin ni dah bergerak ke Batalion 2 Rejimen 509,
kalau tak silap, tempat dia kat belah pulau sana,
still kat penang,
bukan kat Melaka kan? If im not mistaken I guess :p

Yerw,
dan sebenarnya, kaki ni masih teruk lepas main futsal dulu, tak boleh nak aktif2 sangat lagi,
buku lali ni masih tak kasi,
tangan? yang jatuh hari tuu kan? masih sakit2 sendi dia,
tambah lagi,
kepala kerap pusing2 time malam,
dada bogy. dia macam nak lelah balik macam dulu.

Aduuuh, mudah mudahan tak kasi impak time training kat sana.
Moga-moga Allah melindungi.

Inhaler biru tu dah takdak. lama dah kan tak guna? so dah hilang. yang pasti, bogy takkan lelah time training ! bukan kata-kata semangat, tapi kata2 yakin dan pasti utk diri sendiri !

Tapi,
Kalau things nak jadi, Allah kata, kun fayakun.
Biar apa pun jadi, bogy harap diri ini diterima tatkala mahu berada di sisi Allah S.W.T.
Aminnnn dengan izin Allah.
*redha*

:)

Eh, post ni bukan utk sedih2 kan?? Haha.
Cumaaaaa, nak mintak tolong doakan je,
mana yang terbaik utk bogy eah.
Kalau kata I can shape my body in recruit time,
wahhh, bonus tuu utk saya !
HAHA !

Lain2, bogy betul2 rindu kawan2 bogy yang betul2 rapat masa SMKA dulu.
yang lain bukan nye tak rapat kan?
cuma yang depa lebih rapat dengan bogy.

Pudin, Pijoy, Jan :)

Semoga ampa jaga diri elok2. Bogy rindu nak sembang panjang dan stay sebelah hampa walaupun kita semua diam time tuu dan x cakap ap2.

*sekian*

Ikhlas,
Bogy.