Sahabat - Made by Bogy :

 27 NOVEMBER 2012

Aku kenal dia di sini.
Politeknik Seberang Perai menjadi saksi.

Yang dulu,

Utuhnya persahabatan seorang adam dan seorang hawa,
Dalam perkenalan sentiasa ada gelak tawa,
Diselit dengan manisnya walau berteman air mata,
Tidak kenal erti nya rahsia.

27 November

tarikh keramat tercipta,
Ungkapan sahabat selamanya,
Selalu ada waktu, selalu ada masa, yang penting bersama,
 Walaupun bukan di sisi, tapi selalu di akal, memikirkan keadaan kita,
dan selalu di hati, merindui telatah kecil kita.

Dan sekarang,

Kita mengorak langkah,
Meninggalkan masa muda, dimamah usia,
Jarak yang begitu singkat, detik demi detik yang berlalu,
Merasakan ada ruang, lohong di lorong persahabatan.

Kau berkata :

Perubahan itu kerana diri sudah mulai dewasa,
Kerana sudah menemui cinta, yang dulu diri berkata, ia bukan lah segalanya,
 Juga terlalu tergamam dengan perubahan seorang adam,
Merasakan diri tidak selesa untuk terus memulakan bicara,
sehingga hari ini.

Dan kali ini, seorang adam membalas kenyataan :

Pergi nya diri ini pada awal perhubungan, bukan sebab mula membenci,
Bukan sebab sudah tidak menyukai,
Tetapi sebab hati, keliru memilih jalan Persahabatan atau Bunga,
Kerana takut tersilap langkah,
Adam menyusun sepuluh jari memohon maaf,
Mengundur diri agar tidak dimarah Illahi,
Kerana tergugat hati punya perasaan lebih kepada yang lain selain Dia.

Bukan si Adam memilih jalan dingin, permusuhan,
Tetapi cuba menenangkan sahabat setia, si hati yang selalu bermain kata2,
Yang boleh jadi terluka bila di endah, retak bila di sentuh,
Begitu tinggi tahap kesensitivian nya.

Terlalu takut akan itu,
Diri ini bertindak mementingkan diri sendiri,
Lupa akan perasaaan si Hawa,
Yang entah bahagia, entah idak.

Tapi dengarnya :

Si hawa sudah menemui cinta hati,
Jejaka tampan, bukan dari rupa, tetapi ikhlas hati melayan si dia,
 Kerna tertarik akan keikhlasan,
di izinkan hawa untuk membuka hatinya,
diambil kunci dari si adam yang dulunya dipegang atas nama sahabat,
ditukar milik kepada jejaka tampan,
bagi menghias hati nya si hawa.

Alhamdulillah,

Sekarang tidak perlu lagi khuatir,
Ukhuwah yang lalu boleh kembali terjalin,
Tetapi persoalan yang timbul,
Mahukah si hawa pulang, menjadi seperti anak kecil yang dulu,
Gelak tawa hadir semuanya demi sahabat, yang pancarnya dari hati, ikhlas,
Bukan mohon untuk kau kembali berkongsi semua,
Andai nya diri itu sudah tidak sudi,
Hanya senyuman yang ikhlas dipilih untuk dilihat,
Kerna cukup membuat hati kecil ini beringat,
Di saat semua sahabat tersenyum,
Aku lah alasan disebalik semua senyuman itu .

Ikhlas,
Bogy.

8 comments:

  1. perghhhh..ayat cntik..susunan seribu makna..

    ReplyDelete
  2. Perghh. Terima kasih zakaria ;) . Haha.

    ReplyDelete
  3. Wow ! You have being so flowery beb ! Haha :D I smell the shop :p Btw , dah nampak pelapis Usman Awang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Hai Jan ! Takde makne nye haa ganti dia. Nak remain jadi bogy dan blog nya saja ! Hehhe :)

      Delete
  4. holah . dapat pulak blog lawa lagu nyh . mmg remain lha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kurang suka dengan design ni. Nak tukaq baru. Rasa suraaaaam -,- . Tak macam Tokey Lollipopppsss punya belog. Omey. Haha.

      Delete