Buat Keluarga Tercinta 1 :

p/s : Bukan tujuan Alang mencari publisiti dengan post kan hal keluarga di blog. Tapi sekadar berkongsi apa yg alang tawu malah, kekuatan alang untuk bicara telus dengan ampa adik beradik kurang memandangkan kita semua pulang kerumah tak ikut masa *study* . Jadi alang ambik kesempatan yang ada, kongsi di sini. mudah mudahan menjadi tatapan, serta nasihat dan ambil ikhtibar atas apa yang terjadi dalam life kita ni andai hidup di dunia, tak berpeluang alang nak berkalam dengan kamu semua semasa hayat, jadi lihat disini. apa yang alang cuba kongsikan. InshaAllah.
----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
Ajal maut kita di tangan Tuhan sayang..
Kita tak tawu pun bila ajal kita nak tiba, kan? Jadi, berkenaan dengan apa yang Alang nak post hari ni, Alang nak bagi tawu, kita dah sebagai anak, apa lagi matlamat kita sebenarnya bila semakin besar? apa ? apa?

Dulu, Umi Abah pulun nak ajar kita hafal PAFA! Hafal PAFA! Kat situ boleh nilai, berapa dalam ilmu basic agama yang kita peroleh. Itu baru basic paham? Basic. Kalau ada antara kita yang tak abes lagi pun yang basic, apa yg hampa harap kita hidup kat dunia ni?
Alang,
Abang ampa ni pun, bukan la bagus sangat. Tapi Alang cuba, Alang belajar, Alang terap dalam diri Alang ni dimana pentingnya kita hormat dan jaga hati kedua dua orang tua kita ni.
Ampa paham tak? Kalau dah terluka hati umi tu, umi marah kita, umi sebut yang bukan2, tawu tak, DITERIMA Allah kata-kata seorang ibu yang tengah marah sangat kat anak dia.
Faham tak yang tu?
Kalau faham tolong lah, jaga lah perasaan umi, jagalah perasaan Abah. Kita tak tawu bila ajal depa, malah, kita tak tawu jugak pun bila ajal kita. Kalau rasa ada buat salah kat Umi, kat Abah, mudah. Pergi mintak maaf. Tulus.
Ampa ingat balik apa yang Umi dengan Abah dah didik kita sebelum ni! Ingat balek. Umi didik kita dengan penuh manners, isi kita dengan ilmu agama, jaga makan minum kita, jaga pakaian kita, itu pun kita masih nak berlagak sombong dengan Umi dan Abah? Sombongnya anak2 zaman sekarang kalau macam tu.
Tapi kalau dah perangai kita tu yg mudah terpengaruh rakan rakan, bawak bawak la berzikir dan selawat. Mohon pada Allah petunjuk.
Alang jamin, antara kita 5 beradik, letak lahh kita kat mana mana pun tanpa redha kedua Umi Abah, konfem boleh hidup. Even hidup senang, mampu bekerja, mampu berkahwin sekali pun, tapi ingat, Allah bagi tu sekejap ja. Malah tu bukan dipanggil rezeki, tu dipanggil bahana buat anak2 yang menderhaka. Tu lah rezeki Allah yang datang dalam bentuk bahana. Nau'uzubillah
(Lupa istilah nya. Tolong kongsi bagi yang tawu. syukran)

Nak ingatkan lagi kat ampa, Umi, seorang ibu yang menyusukan kita, menjaga kita, mendodoi kita, mendidik kita, memberi segala keperluan yang seorang anak nak! yang seorang anak mau!

Abah pun tak asing dari kita. Seorang Ayah yang pagi petang siang malam bekerja, nak bagi kita anak2 ni makan, nak bagi kita keluarga yang dia sayang ni hidup dalam keadaan selesa. Kalau itu ada antara kita yang masih sombong, yang masih riak, Allahuakhbar.

Alang tawu, adik adik alang, kakak alang, tak teruk. Alhamdulillah. Alang serba serbi kenal ampa semua. Kita serba serbi kenal kita masing masing. Cuma Alang mohon, kalau kita semua tak pernah tinggi suara sekali pun kat umi, tak pernah caci maki hamun umi abah, tak pernah terlintas nak cederakan umi abah, tapi kalau dah buat muka masa umi suruh, adakah elok perangai macam tu?

Tak. Jadi sedarlah. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Semudah tu menjalani kehidupan anak yg diredhai kedua ibu bapa dia.

Alang percaya, kita boleh bina sebuah keluarga yang bahagia melebihi keluarga2 yang lain.
inshaAllah. Jaga adab, yakin dengan kuasa Allah.


Salam.

No comments:

Post a Comment